Pages

Thursday, 5 December 2013

Mencuci Hati


Wahai Tuhanku Yang Esa
bila kenangkan qahar-Mu
rasa gerun di hatiku
kerana takutkan seksa-Mu
dari segala dosa yang memburu 
setiap hari setiap ketika

Tika mengenang rafat-Mu
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula 
harapanku subur kembali
ujian meninpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnah-Mu itu penghapus dosaku
mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenangkan rahmat-Mu
terasa diri kurang bersyukur
pada-Mu harusku memohon
moga syukurku bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya ALLAH Tuhanku bantulah hanba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini.

AMIN

Dan apabila perasaan itu datang..


Jam menunjukkan pukul 1 pagi,entah mengapa aku tidak dapat melelapkan mata. Aku cuba mencari apa yang tidak kena, akhirnya aku temui. Ya! perasaan ini kerana aku rindukan seseorang . Air mataku mengalir tanpa aku sedari. Entah mengapa kerinduan ini datang, sedangkan aku tahu dan aku tidak perlu lagi merindui dan memikirkan dia yang ternyata lebih bahagia tanpaku.Terlalu perit rasa untuk menidakkan bahawa aku masih sayangkan dia, namun apalah dayaku,dia bukan milikku. Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengerti akan perasaanku ini :'( 




" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.




*Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....


sesungguhya kerinduan kepada-Mu ya Allah lebih baik daripada segalanya




Wednesday, 4 December 2013

Kuliah Penulisan Kreatif Dr. Mawar


Hening,subuh yang begitu sunyi... Rerumpun bunga pun kelihatan enggan untuk berkata. Hanya sebilangan angin pagi yang bersemangat untuk meneruskan waktu,menjadi pasangan serasi yang membangkitkan geliat malas dalam dada. 


Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran-Nya. Aku mencapai tuala di sisi untuk membersihkan diri. Usai solat subuh aku pun bersiap untuk ke kuliah pada pukul 8.00 pagi. Hari ini kami diminta untuk membawa komputer riba untuk dinilai hasil penulisan kami.

Dan hari ini juga,aku belajar satu istilah baru dalam dunia penulisan iaitu "Onomatopoeia" iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal. Contohnya jika bunyi jam loceng 'kring..kring...kring', bunyi ayam berkokok 'kok..kok..kok',dan jika bunyi itik ' kwuek..kwuek...kwuek'. Bunyi-bunyi ini dianggap cliche kerana meniru bulat-bulat gaya sesuatu benda itu.

Mungkin boleh digantikan dengan 'bunyi jam loceng memecah kesunyian', walaupun bagi pandangan Dr. Mawar bunyinya agak cliche tetapi dianggap lebih baik daripada menggunakan bunyi yang sebenar yang dihasilkan oleh objek tersebut.

Ternyata ilmu yang baru diterima ini, telah memberi cetusan idea supaya elak menggunakan bunyi-bunyi tersebut, seharusnya diganti dengan penulisan dan ayat yang lebih kreatif.

Tuesday, 3 December 2013

Bencana Banjir


Doa mohon elak banjir

Selesai sarapan pagi bersama rakan sekelas, aku mencapai  surat khabar di cafeteria untuk membaca isu semasa. Memang sejak akhir-akhir ini bumi menunjukkan ketuaannya. Hujan yang datang lebat melanda di seluruh negeri di Malaysia menyebabkan beberapa negeri mengalami banjir besar, jumlah mangsa bnajir dari hari kehari juga meningkat. Banjir besar berlaku terutamanya di Kuantan,Pahang sehingga  diisyhtiharkan darurat dan antara yang paling buruk yang pernah dialami. Semoga warga Kuantan dan kawawasan lain yang juga mengalami banjir dilindungi Allah.Sama-samalah kita panjatkan doa kehadrat Ilahi agar segala ujianNya ini dipermudahkan. In Shaa Allah.

Dugaan dan Keajaiban!

Assalamualaikum


Beberapa minggu yang lepas, setelah selesai solat isyak aku bersiap sedia untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dugaan menimpa apabila komputer riba yang ingin digunakan tidak boleh dihidupkan walaupun sudah beberapa kali menekan punat 'on' , aku menjadi tidak tentu arah dalam keadaan itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu.Bayangkan betapa sukarnya membuat tugasan apabila komputer riba tidak dapat dihidupkan kerana banyak fail-fail tugasan terdapat di dalamnya. Aku cuba menenangkan diri dan terus berdoa kepada Allah. Keesokan harinya aku pergi ke kedai komputer kerana ingin menanyakan hal ini, pekerja tersebut mengenakan cas dalam RM400++ untuk membaiki serta melihat masalah komputer ribaku ini, aku pun pulang dahulu untuk memikirkan hal itu kerana sebagai seorang pelajar,jumlah itu amat besar dan aku bukanlah dari keluarga yang berada ingin meminta ibu bapa ku sejumlah wang yang besar itu untuk membaikinya.

                  Aku membiarkan sahaja komputer ribaku tidak dihidupkan untuk beberapa hari, pada suatu hari apabila pulang dari kuliah aku tergerak hati untuk cuba menghidupkan komputer ribaku semula, dan alangkah terkejutnya aku mendapati komputer ribaku dapat dihidupkan semula, aku sngat bersyukur dengan keajaiban itu, Ya Allah sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala-galanya, dikala tugasanku banyak yang tergendala Engkau datang memberi pertolongan kepada hambaNya. Alhamdulilah aku bersujud syukur atas keajaiban itu, sesungguhnya rezeki yang datang kita tidak tahu bagaimana datangnya ia, dan rezeki yang ditarik olehNya juga kita tidak tahu bagaimana caranya ,begitu juga dengan kekuasaanNya.

Monday, 2 December 2013

Kedua kalinya ke Nilai, Negeri Sembilan


19/ 11/2013 untuk kedua kalinya aku ke Nilai,Negeri Sembilan mencari barang bagi tugasan subjek Kraf dan Dekorasi Melayu .Aku memilih "Gubahan Bunga Gantung Bola" untuk tugasan ku ini. Bukan tidak mahu mencari di sekitar Bangi dan Kajang tetapi pilihan di sini agak terhad dan terlalu mahal bagi seorang pelajar yang mengiginkan budget yang kecil tetapi  hasil yang memuaskan. Jadi Nilai adalah jawapannya, sangkaan ku hilang sama sekali ,ternya Nilai bukanlah jauh dari UKM. Sebagai seorang perempuan semestinya rambang mata dengan setiap jualan disana, tetapi matlamat ku yang pertama iaitu ingin mencari bahan untuk tugasan ku di dahulukan. Dan inilah barang yang dibeli disana. Nantikan entri seterusnya untuk melihat bagaimana "Gubahan Bunga Gantung Bola" dibuat oleh saya :)

Sunday, 27 October 2013

Mariga!


 Assalamualaikum
Allahamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana tanggal 24 Oktober 2013 selesai salah satu tugasan besar bagiku untuk semester ini iaitu Majlis Diskusi Novel Mariga karya Amil Jaya.

 Mariga? Apa tu Mawar? Nama tempat atau kawasan?
Itulah yang sering menjadi yang menjadi tanda tanya kepada khalayak apabila mendengar tajuk novel karya Amil Jaya ini. Setelah selesai membentang barulah maksud mariga dapat dijawab.Novel ini menceritakan pertembungan dua budaya antara seorang pemuda Inggeris,Walter Flint dengan gadis Murut yang cantik bernama Lingad yang tetap mempertahankan mariganya. Watak masing-masing mempunyai tanggungjawab mempertahankan budaya maereka.

Sebenarnya mariga ialah suatu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Murut sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Definisi budaya mariga ialah mengambil harta menantu lelaki sesuka hati tanpa kebenaran. Budaya ini dianggap dapat mengeratkan tali persaudaraan dan ikatan kekeluarga sesama mereka tetapi akibat budaya ini mereka sering bertelingkah. Maka disitu timbullah beberapa konflik yang meruntun jiwa para penbacanya.

Bagi saya, novel ini merupakan karya yang sangat menarik oleh Amil Jaya kerana beliau menunjukkan adat dan budaya daripada dua bangsa yang bebeza, dimana kita dapat lihat masing-masing menpunyai pemikiran dan kebanggan terhadap bangsa mereka sendiri.

Bagi saya, novel ini merupakan karya yang sangat menarik oleh Amil Jaya kerana beliau menunjukkan adat dan budaya daripada dua bangsa yang bebeza, dimana kita dapat lihat masing-masing menpunyai pemikiran dan kebanggan terhadap bangsa mereka sendiri.


Setelah beberapa minggu membaca novel ini,maka saya mengambil keputusan untuk mengkaji isu masyarakat yang terkandung di dalam novel ini. Alhamdulillah dengan tempoh mase yang diberikan oleh pensyarah akhirnya saya dapat membentangkan kertas kerja dalam majlis diskusi ini. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur majlis yang terdiri daripada rakan sekelas juga,pensyarah,dan para pencinta novel yang hadir ke  Majlis Diskusi Novel Mariga karya Amil Jaya ini.Sesungguhnya,pengalaman ini tidak dapat saya lupakan,ia sememangnya sangat berharga!