Polis! Polis! Polis!Takutnya..... Itulah jeritan semasa kecil jika aku terlihat anggota polis atau kereta polis di jalanraya dan aku pasti itu juga yang dirasai oleh setiap orang pada zaman kecilnya,lucu bukan? Tapi aku percaya setiap orang pasti berasa sebegit juga semasa kecil mereka.
Baru-baru ini aku berpeluang menjejak kan kaki ke Muzium Polis Diraja Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, lawatan ini di bawah anjuran Kor Suksis UKM. Kami memasuki dengan tidak dikenakan sebarang bayaran. Dari muzium ini kami dapat melihat penubuhan Polis Diraja Malaysia. Aku sangat berbangga kerana negara mempunyai pasukan keselamatan yang besar dan kuat melalui muzium ini.
Secara tidak langsung ia menambahkan lagis semangat aku untuk menjadi seorang pegawai polis apabila habis pengajianku di UKM kelak. In Shaa Allah.
0 comments:
Post a Comment