Assalamualaikum
Pada 13/11 yang lalu aku dan 3 orang rakanku yang lain iaitu Syikin, Fazira dan Zue telah menjadi penganjur bagi Majlis Diskusi Novel Cebisan Mantera Terakhir. Aku ditugaskan untuk membuat poster bagi majlis tersebut setelah dibahagikan tugas sesama ahli yang lain.Pada mulanya aku agak keberatan dengan tugas ini, maklumlah aku bukanlah pandai dalam bab-bab membuat poster ini,tetapi akhirnya aku tekad untuk belajar cara membuat poster dengan belajar sendiri dan dengan berbekalkan google untuk mencari tutorial membuat poster,dan poster di atas ini merupakan 100% hasil kerjaku.Alhamdulillah poster ini mendapat komen yang sangat baik daripada pensyarahku Dr. Zubir selaku pengkritik pada majlis itu .Dalam majlis ini, aku juga menjadi moderator bagi mengendalikan sesi diskusi oleh panel pembentang,walaupun aku sebelum ini tidak mempunyai pegalaman memjadi jurucakap dalam sesuatu majlis tetapi aku cuba untuk memncabar diriku untuk menjadi moderator. Kerana bagiku masa di universiti inilah kita cuba dan tunjuk bakat yang kita ada kerana mungkin boleh diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak. Dan Alhamdulillah pengkritik pada majlis itu memberi komen yang baik tentang pengacaraanku pada majlis itu.Tidakku sangka percubaan prtamaku dalam mengendalikan majlis dan membuat poster mendapat komen yang baik daripada pengkritik.Benar kata pepatah selagi kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita. In shaa Allah pengalaman ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk aku dalam mengendalikan majlis-majlis yang seterusnya nanti.
1 comments:
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
Tahniah, saya ucapkan. satu sahutan cabaran yang berani.
Post a Comment