Hening,subuh yang
begitu sunyi... Rerumpun bunga pun kelihatan enggan untuk berkata. Hanya
sebilangan angin pagi yang bersemangat untuk meneruskan waktu,menjadi pasangan
serasi yang membangkitkan geliat malas dalam dada.
Alhamdulillah aku
masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran-Nya. Aku mencapai tuala di sisi untuk membersihkan diri. Usai solat subuh aku pun bersiap untuk ke kuliah pada pukul 8.00 pagi. Hari ini kami diminta untuk membawa komputer riba untuk dinilai hasil penulisan kami.
Dan hari ini juga,aku belajar satu istilah baru dalam dunia penulisan iaitu "Onomatopoeia" iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal. Contohnya jika bunyi jam loceng 'kring..kring...kring', bunyi ayam berkokok 'kok..kok..kok',dan jika bunyi itik ' kwuek..kwuek...kwuek'. Bunyi-bunyi ini dianggap cliche kerana meniru bulat-bulat gaya sesuatu benda itu.
Mungkin boleh digantikan dengan 'bunyi jam loceng memecah kesunyian', walaupun bagi pandangan Dr. Mawar bunyinya agak cliche tetapi dianggap lebih baik daripada menggunakan bunyi yang sebenar yang dihasilkan oleh objek tersebut.
Ternyata ilmu yang baru diterima ini, telah memberi cetusan idea supaya elak menggunakan bunyi-bunyi tersebut, seharusnya diganti dengan penulisan dan ayat yang lebih kreatif.
0 comments:
Post a Comment