Assalamualaikum
Pada 3
hingga 9/11/2013, pertama kalinya aku menjejak kaki ke Terengganu mengunjungi Tasik Kenyir bagi mengikuti ptogram Modul Pasukan Gerakan Am (PGA) Khursus membaca peta, kompas dan pandu arah, seperti sedia maklum aku merupakan ahli Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) , jadi ini antara salah satu modul wajib yang perlu di ikuti.
Dalam modul ini, pelatih-pelatih Kor
SUKSIS telah didedahkan dengan ilmu asas PGA secara teori antaranya tindakan
serta merta(TSM), membaca kompas, ikhtiar hidup, dan buka pasang senjata.
Perkara-Perkara yang telah disampaikan secara teori oleh para fasilitator dari PGA,batalion
9 telah dipraktikkan dalam slot-slot praktikal yang telah disediakan.
0 comments:
Post a Comment