Pages

Monday, 23 September 2013

Sepetang ke DBP dan Kuala Lumpur


Assalamualaikum

23 September.Jam menunjukkan pukul dua petang, menandakan tamat kuliah pada hari ini.  Matahari memancarkan sinarnya yang terik sehingga terasa kebahangannya meresap ke liang kulit. Walaupun dengan cuaca sebegitu, sedikit pun tidak menghalang aku dan tiga orang rakanku untuk meneruskan perancangan kami untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mencari novel  'Mariga' karya Amil Jaya terbitan DBP untuk melaksanakan tugasan berkumpulan kami. Perjalanan untuk sampai kesana tidak terasa lama dan sunyi. Mungkin kerana ditemani rakan-rakan . 

Setibanya disana, tanpa berlengah kami terus menuju ke Kedai Buku DBP. Kami terus ke bahagian 'Novel' dan memulakan pencarian novel  rak demi rak kami diamati.Mencari dan terus mencari . Akhirnya, novel yang dicari dapat ditemukan dengan pantas kami menyemak nama pengarang bagi memastikan novel itu yang dicari. Alhamdulillah,ia betul! Kelegaan jelas terpancar di setiap kami. Kami pun mengambil seorang satu,mujur terdapat empat buah novel itu dan sememangnya cukup untuk kumpulan kami yang berjumlah empat orang.Sejurus selepas itu kami mencari beberapa bacaan lain untuk dibeli dan terus ke ruangan bayar untuk membayar.

Selepas itu, kami ke medan selera untuk berhenti mencari makan tengahari bagi mengisi perut yang kosong berhampiran kawasan DBP itu.  Jam menunjukkan pukul empat petang, kami selesai mengisi perut yang kosong dan meninggalkan medan selera untuk pulang ke UKM. Jalan waktu itu sangat sesak. Kami berbual-bual sahaja waktu itu dan tidak semena-mena sepuluh minit selepas itu rakanku yang memandu kereta  berhenti di  KLCC, rakanku mengatakan ingin berjalan-jalan menikmati pemandangan di Kuala Lumpur. Jadi kami pun bersetuju, apa salahnya sekali sekala melihat sejenak suasana petang di Kuala Lumpur. Di situ kami melihat  kecantikan air pancut, bangunan-bangunan yang mencakar langit yang kelihatannya gah dan pelbagai ragam manusia. Kemudian laungan azan berkumandang menandakan seruan bagi umat islam menunai kan solat Asar. Kami segara mencari arah ke masjid dengan berpandukan papan tanda. Perjalanan ke masjid sebenarnya tidaklah jauh tetapi kerana berjalan ke kawasan yang sedang dinaiktaraf dan jalan pendek ditutup.Hal ini membuatkan kami berasa sedikit memenatkan kerana terpaksa melalui jalan yang agak jauh, tetapi tidak mengapa. Melaksanakan kewajipan kepadaNya lebih penting sejauhmana sekalipun. Alhamdulillah sampai juga kami ke Masjid Al Syakirim KLCC.

"Cantiknya masjid ni!" bisik hatiku. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di masjid itu aku sangat kagum akan kecantikkan masjid itu .Tanpa membuang masa aku dan rakan-rakan menunaikan kewajipan kepadaNya. Usai solat Asar, kami bergerak pulang ke UKM. Jalan di situ masih sesak oleh kerana waktu pada masa sebegitu menunjukkan ramai orang yang berkerja  berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Walaupun begitu, kami tidak terkecuali terjebak menghadapi kesesakan jalanraya. Beberapa puluh minit kemudian Alhamdulillah kami sampai juga ke UKM walaupun sedikit lewat. Sesungguhnya pengalaman ini akan menjadi kenangan zaman di universiti aku dan rakan-rakan. Ya, aku pasti merindu kenangan ini apabila tamat pengajianku di UKM kelak dan apabila waktu itu masing-masing akan membuat haluan sendiri . 

Novel 'Mariga'

Menara Berkembar KLCC
Air Pancut KLCC

Masjid Al Syakirin KLCC



2 comments:

Unknown said...

kronologi yang menarik. teruskan usaha anda saudari.

Unknown said...

terima kasih :)

Post a Comment