Pages

Friday, 20 September 2013

Permainan Dunia Cilik



Assalamualaikum

Semua orang pasti pernah melalui zaman kanak-kanak bukan? zaman kanak-kanak pastinya sangat menyeronokkan kerana banyak aktiviti luar dan permainan yang dilakukan bersama rakan-rakan.Tambahan pula jika ramai kawan-kawan yang bermain,lagi meriah! Zaman kanak-kanak semestinya ingin mencuba semua permainan tanpa mempedulikan debu,kotor,bahaya,lasak yang menimpa selagi tidak mencubanya dari permainan budak perempuan sampailah ke permainan budak lelaki sehingga terkadang aku dimarahi oleh mak dan abah kerana kenakalanku ini. Memang tidak akan lekat dirumah, pantang sahaja apabila kawan-kawan mengetuk pintu mengajak untuk keluar bermain,seolah-olah memang menunggu kedatangan mereka .Lumrah kanak-kanak bukan?tersenyum sendiri aku ketika menuls entri ini kerana mengimbau kembali zaman keriangan kanak-kanakku.

Aku percaya bahawa sesiapa sahaja kanak-kanak yang  membesar pada sekitar tahun 90-an tentunya mempunyai pelbagai kenangan yang sangat menyeronokkan dan meninggalkan nostalgia yang membekas di benak fikiran. Mana tidaknya, kanak- kanak pada ketika itu tidak seperti kanak-kanak sekarang yang membesar dengan pelbagai teknologi di depan mata menghabiskan masa kanak-kanak mereka hanya dengan bermain tab,ipad,facebook,psp dan sebagainya.Zaman aku dahulu tidak mempunyai kecanggihan seperti itu kebanyakkan kami membuat permainan sendiri dengan kos yang murah,tetapi keseronokannya amat berbaloi hasil daripada usaha sendiri.

Waktu petang adalah waktu yang ditunggu-tunggu kerana waktu ini tepat untuk keluar bermain. Biasanya aku dan kawan-kawan bermain konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak,patung kertas dan baling selipar pada tin susu yang disusun bertingkat.Batu seremban juga antara permainan zaman kecilku, tetapi permainan ini dimain oleh kami anak-anak perempuan kerana kawan-kawan lelaki menganggap batu seremban ini permainan kanak-kanak perempuan. Kami tidak kisah kerana jika budak lelaki bermain batu seremban sekali mereka selalu bermain tipu dan membuli kami. Aku masih Ingat permainan kegemaranku iaitu 'Zero Point' dimana getah gelang yang diikat bersambung menjadi tali getah yang  panjang. Permainan ini bermula dari bawah, dan mengangkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala.Selalunya  kami akan bermain permainan ini antara lelaki lawan perempuan. Aku selalu menang dalam permainan ini oleh kerana aku lebih tinggi berbanding rakan yang lain pada ketika itu jadi lompatan aku agak tinggi sedikit. Permainan kedua yang menjadi kegemaranku semasa kecil ialah 'Teng-Teng'  yang menggunakan lompatan dua dan satu kaki. Permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak kurang lasak mungkin kerana permainannya yang tidak begitu lasak.Bagi membuat gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan menggores garisan di atas tanah atau menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukis di atas jalan bertar jika bermain di kawasan yang tidak mempunyai halaman rumah.Masing- masing tidak sabar menunggu giliran mereka untuk bermain termasuk aku. Sememangnya semua permainan yang pernah aku main suatu ketika dahulu meniggalkan  nostalgia yang menggamit memori!


Semasa aku mengunjungi blog rakan-rakan yang lain, aku melihat bahawa permainan yang mereka main semasa zaman kanak-kanak hampir sama dengan permainan semasa kecilku. Fikirku, walaupun kita duduk di kampung yang berbeza , daerah yang berbeza , negeri yang berbeza , tiada internet ,tiada handphone , tiada komunikasi seperti sekarang, kita punya loghat yang berbeza ,kita punya tradisi yang berbeza , dan punya adat yang berbeza . Tetapi yang menghairankan aku sampai sekarang . Kenapa semasa waktu kita kecik dahulu , semua permainan kita sama ?  Adakah ini di panggil kimia ( chemistry )kanak-kanak? 


Batu Seremban
Congkak
Baling Selipar Pada Tin
Zero Point
Teng-Teng 
Patung Kertas

6 comments:

Mawar said...

Sdr Mawar
TAHNIAH, blog yang manis. cuma header perlu rapikan lagi. banyak imej bertindan sesamanya dan dengan tulisan juga.

ini kenangan permainan waktu kecil yang saya juga lalui.

Unknown said...

Terima kasih Dr. atas ulasannya. Saya akan terus belajar dan perbaiki kekurangan pada blog dan entri saya :)

Unknown said...

teringat dulu main teng-teng, tapi dalam kotak letak huruf jawi. habis dimarah olh ayah saya.. menarik blog kamu.

Unknown said...

Terima kasih saudari Syafikah. Lucunya, kenapa kamu letak huruf jawi?mungkin hendak kelainan daripada rakan yang lain ^_^
Sangat diakui,sememangnya kanak-kanak perempuan gemar bermain teng-teng :)

Unknown said...

apa pun congkak jugak yang seronok..tak pernah cuba lagi main teng-teng setakat ini..haha

Unknown said...

sebab itulah saya katakan teng-teng ini permainan kanak-kanak perempuan sahaja kerana kanak-kanak lelaki lebih suka dengan permainan yang lasak bukan? Terima kasih saudara Akmal atas kesudian meninggalkan ulasan anda :)

Post a Comment