Pages

Sunday, 22 September 2013

Aku dan Pokok Semalu


Assalamualaikum

"Pantang di sentuh pasti menunduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan"

Pokok semalu itulah nama yang diberi kepada pohon ini. Pepatah di atas sesuai bagi menggambarkan sifat pokok ini. Mana tidaknya apabila pohon ini di sentuh pasti akan kuncup, tetapi apabila  terpijak durinya pasti     akan merasakan kesakitan yang teramat. Subhanallah! indah ciptaanNya.

Pokok ini sebenarnya mempunyai nostalgianya yang tersendiri semasa aku kecil. Oleh kerana apabila di waktu petang aku dan kawan-kawan akan ke padang atau taman permainan untuk bermain ,pokok semalu inilah yang sering kami jumpa di sepanjang perjalanan ke padang kerana pokok ini tumbuh meliar. Lumrah anak kecil akan terasa teruja dan pelik apabila kali pertama menyentuh pohon ini  ia mengucup dan akan mengembang semula selepas beberapa ketika. Daun ini dahulu aku dan kawan-kawan selalu bermain jika terjumpa. Jika ada dalam kalangan kami yang  memegang pokok ini tetapi tidak kuncup maka orang itu akan dapat kahwin dengan anak raja. Selalunya aku yang dapat membuat daun itu tidak kuncup. Selepas itu kawan-kawan aku tidak mahu kawan oleh kerana aku dapat buat daun itu tidak kuncup.Tetapi hanya sekejap sahaja,pada keesokkan hari kami berkawan seperti biasa. Ada juga di antara kami mengatakan jika  pohon ini menguncup kita akan berpeluang bercakap dengan puteri raja. Pada masa itulah, kami akan bercakap dan meminta apa-apa sahaja kepada puteri raja itu . Lucunya , fikiran kami semasa kecil. Apabila sudah dewasa dan boleh berfikir semua itu hanya dongeng zaman kanak-kanak sahaja. Pokok semalu ini sememang sudah sebati dengan kehidupanku di waktu kecil,seolah-olah telah menjadi permainan wajib apabila berjumpa pohon ini. Sehingga dewasa ini,apabila berjumpa pohon semalu aku pasti akan bermain.Sebenarnya, jika dikaji pohon semalu ini boleh diibaratkan dan dikaitkan seperti seorang perempuan. Kisah Rasulullah :

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Allahuakbar! Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya. Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Wallahualam.


"Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,

Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,

Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,

Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan."























3 comments:

Unknown said...

ya,serius ingat zaman kanak-kanak...
suka sangat main pokok ni.

Unknown said...

bagi saya setiap kanak-kanak pasti suka bermain dengan pohon ini, teruja melihat ia kuncup apabila disentuh bukan?? Terima kasih saudari Rosmanirah atas kesudian meninggalkan ulasan anda :)

Unknown said...

Bagi saya,pokok semalu sangat lain dari yang lain...
Memang sangat teruja,dan sengaja sentuh berkali-kali untuk lihat ia kuncup.Sama-sama Mawar

Post a Comment