Assalamualaikum
Kata orang selalu ada kesempatan kedua dalam kehidupan. Tetapi bagiku tidak semua kesempatan itu ada kedua kalinya. Ya, tidak semua! Maka ianya akan berlalu menjadi sebagai sebuah kenangan yang menjadi ingatan yang mekar di bingkai fikiran. Kadangkala kenangan itu dapat menjadi syurga yang tidak dapat dilupakan tetapi kenangan juga dapat menjadi semacam neraka yang tidak dapat dihindari. Setiap kenangan indah yang dialami pada masa lalu mampu membuatku merasa bahagia sebaliknya kenangan pahit terkadang seolah-olah memancingku untuk merasa sedih atas kejadian lalu yang dialami. Diriku pasti setiap orang juga mempunyai kenangan pahit dan manis mereka sendiri. Maka, jadikanlah "kenangan indah itu hanya sebuah hiasanmu dari hidup dimasa lalu dan jadikan kenangan buruk suatu pembelajaran dan cambuk untuk menjadi seseorang yang terbaik dalam sebuah kehidupan di masa depan".
Jikaku diberi kesempatan dapat mengundur waktu ingin sahaja ku kembali ke masa lalu menikmati semula zaman riang kanak-kanak dan alam persekolahan semasa kecilku. Alangkah bahagianya kehidupanku pada waktu itu. Meniti hari-hari dengan penuh kegembiraan bersama rakan-rakan. Ya Allah,aku sangat merindui zaman itu! Kini kenangan itu hanya menjadi sebuah memori yang tidak mampu untuk dilupakan. Kadangkala aku tersenyum sendiri memgingat kembali kenangan itu.
21 tahun berlalu pantas, Alhamdulillah aku mula selangkah ke menara gading.Aku berharap dengan usia sebesar ini aku mampu menjadi anak yang dapat berbakti kepada orang tuaku yang banyak bersusah payah membanting tulang dalam membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka, jasa dan pengorbanan mereka kepada kami adik beradik sangat besar ertinya dan amat sukar untuk dinilai.
Semasa kecil dahulu mak dan abah selalu menyuruhku membaca 'Doa untuk Ibu bapa' ini sebelum masuk tidur dan tiap-tiap hari jugalah aku akan amalkannya kerana semasa kecil aku tidur bersama mak dan abah kerana pada ketika itu aku merupakan anak bongsu sebelum mendapat adik ketika aku berumur 14tahun. Dan pada setiap waktu sebelum tidur mereka akan bercerita,bersembang,mendengar bacaan surah baru yang aku telah hafal dan melayan setiap kerenah pertanyaanku tanpa jemu sehinggalah aku tertidur sendiri. Aku sangat bertuah mempunyai ibu bapa seperti mereka dalam hidupku.
8 comments:
tahniah saudari mawar... entri yang menarik...
terima kasih saudari Maryati diatas luangan sedikit masa memberi titipan dan membaca entri saya yang tidak seberapa ini :)
pengalaman yang mendewasakan kita semua.
Ya,benar apa yang dikata kamu. Terima kasih atas pendapat itu.
cerita menarik.. harap dapat berkongsi lagi.. seronok baca.. tahniah
Alhamdulillah,gembira mendengar.Terima kasih atas kesudian saudari membaca entri saya.
Saudari mawar..best cerita awak,tapi boleh tak besarkan sikit tulisan...hehe
Terima kasih saudari Zaharah atas ulasan dan pendapat kamu di entri saya,saya akan perbaiki kemudian :)
Post a Comment