Pages

Thursday, 26 September 2013

Tentang Seseorang

Sebuah puisi yang ditulis oleh sastrawan legendaris Indonesia iaitu Chairil Anwar .Beliau memiliki ciri khas tersendiri yang tidak dimiliki sasterawan lainnya. Mendengar setiap puisinya membuatkan aku seolah-olah kedunia itu. Puisi Tentang Seseorang merupakan antara puisi Chairil Anwar yang aku gemari apabila saat pertama aku mendengarnya. Walaupun sederhana tapi ai penuh dengan erti.
 bait-bait puisi yang menggetarkan jiwa:


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi, sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar, aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?








Monday, 23 September 2013

Sepetang ke DBP dan Kuala Lumpur


Assalamualaikum

23 September.Jam menunjukkan pukul dua petang, menandakan tamat kuliah pada hari ini.  Matahari memancarkan sinarnya yang terik sehingga terasa kebahangannya meresap ke liang kulit. Walaupun dengan cuaca sebegitu, sedikit pun tidak menghalang aku dan tiga orang rakanku untuk meneruskan perancangan kami untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mencari novel  'Mariga' karya Amil Jaya terbitan DBP untuk melaksanakan tugasan berkumpulan kami. Perjalanan untuk sampai kesana tidak terasa lama dan sunyi. Mungkin kerana ditemani rakan-rakan . 

Setibanya disana, tanpa berlengah kami terus menuju ke Kedai Buku DBP. Kami terus ke bahagian 'Novel' dan memulakan pencarian novel  rak demi rak kami diamati.Mencari dan terus mencari . Akhirnya, novel yang dicari dapat ditemukan dengan pantas kami menyemak nama pengarang bagi memastikan novel itu yang dicari. Alhamdulillah,ia betul! Kelegaan jelas terpancar di setiap kami. Kami pun mengambil seorang satu,mujur terdapat empat buah novel itu dan sememangnya cukup untuk kumpulan kami yang berjumlah empat orang.Sejurus selepas itu kami mencari beberapa bacaan lain untuk dibeli dan terus ke ruangan bayar untuk membayar.

Selepas itu, kami ke medan selera untuk berhenti mencari makan tengahari bagi mengisi perut yang kosong berhampiran kawasan DBP itu.  Jam menunjukkan pukul empat petang, kami selesai mengisi perut yang kosong dan meninggalkan medan selera untuk pulang ke UKM. Jalan waktu itu sangat sesak. Kami berbual-bual sahaja waktu itu dan tidak semena-mena sepuluh minit selepas itu rakanku yang memandu kereta  berhenti di  KLCC, rakanku mengatakan ingin berjalan-jalan menikmati pemandangan di Kuala Lumpur. Jadi kami pun bersetuju, apa salahnya sekali sekala melihat sejenak suasana petang di Kuala Lumpur. Di situ kami melihat  kecantikan air pancut, bangunan-bangunan yang mencakar langit yang kelihatannya gah dan pelbagai ragam manusia. Kemudian laungan azan berkumandang menandakan seruan bagi umat islam menunai kan solat Asar. Kami segara mencari arah ke masjid dengan berpandukan papan tanda. Perjalanan ke masjid sebenarnya tidaklah jauh tetapi kerana berjalan ke kawasan yang sedang dinaiktaraf dan jalan pendek ditutup.Hal ini membuatkan kami berasa sedikit memenatkan kerana terpaksa melalui jalan yang agak jauh, tetapi tidak mengapa. Melaksanakan kewajipan kepadaNya lebih penting sejauhmana sekalipun. Alhamdulillah sampai juga kami ke Masjid Al Syakirim KLCC.

"Cantiknya masjid ni!" bisik hatiku. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di masjid itu aku sangat kagum akan kecantikkan masjid itu .Tanpa membuang masa aku dan rakan-rakan menunaikan kewajipan kepadaNya. Usai solat Asar, kami bergerak pulang ke UKM. Jalan di situ masih sesak oleh kerana waktu pada masa sebegitu menunjukkan ramai orang yang berkerja  berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Walaupun begitu, kami tidak terkecuali terjebak menghadapi kesesakan jalanraya. Beberapa puluh minit kemudian Alhamdulillah kami sampai juga ke UKM walaupun sedikit lewat. Sesungguhnya pengalaman ini akan menjadi kenangan zaman di universiti aku dan rakan-rakan. Ya, aku pasti merindu kenangan ini apabila tamat pengajianku di UKM kelak dan apabila waktu itu masing-masing akan membuat haluan sendiri . 

Novel 'Mariga'

Menara Berkembar KLCC
Air Pancut KLCC

Masjid Al Syakirin KLCC



Sunday, 22 September 2013

Aku dan Pokok Semalu


Assalamualaikum

"Pantang di sentuh pasti menunduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan"

Pokok semalu itulah nama yang diberi kepada pohon ini. Pepatah di atas sesuai bagi menggambarkan sifat pokok ini. Mana tidaknya apabila pohon ini di sentuh pasti akan kuncup, tetapi apabila  terpijak durinya pasti     akan merasakan kesakitan yang teramat. Subhanallah! indah ciptaanNya.

Pokok ini sebenarnya mempunyai nostalgianya yang tersendiri semasa aku kecil. Oleh kerana apabila di waktu petang aku dan kawan-kawan akan ke padang atau taman permainan untuk bermain ,pokok semalu inilah yang sering kami jumpa di sepanjang perjalanan ke padang kerana pokok ini tumbuh meliar. Lumrah anak kecil akan terasa teruja dan pelik apabila kali pertama menyentuh pohon ini  ia mengucup dan akan mengembang semula selepas beberapa ketika. Daun ini dahulu aku dan kawan-kawan selalu bermain jika terjumpa. Jika ada dalam kalangan kami yang  memegang pokok ini tetapi tidak kuncup maka orang itu akan dapat kahwin dengan anak raja. Selalunya aku yang dapat membuat daun itu tidak kuncup. Selepas itu kawan-kawan aku tidak mahu kawan oleh kerana aku dapat buat daun itu tidak kuncup.Tetapi hanya sekejap sahaja,pada keesokkan hari kami berkawan seperti biasa. Ada juga di antara kami mengatakan jika  pohon ini menguncup kita akan berpeluang bercakap dengan puteri raja. Pada masa itulah, kami akan bercakap dan meminta apa-apa sahaja kepada puteri raja itu . Lucunya , fikiran kami semasa kecil. Apabila sudah dewasa dan boleh berfikir semua itu hanya dongeng zaman kanak-kanak sahaja. Pokok semalu ini sememang sudah sebati dengan kehidupanku di waktu kecil,seolah-olah telah menjadi permainan wajib apabila berjumpa pohon ini. Sehingga dewasa ini,apabila berjumpa pohon semalu aku pasti akan bermain.Sebenarnya, jika dikaji pohon semalu ini boleh diibaratkan dan dikaitkan seperti seorang perempuan. Kisah Rasulullah :

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Allahuakbar! Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya. Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Wallahualam.


"Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,

Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,

Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,

Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan."























Friday, 20 September 2013

Permainan Dunia Cilik



Assalamualaikum

Semua orang pasti pernah melalui zaman kanak-kanak bukan? zaman kanak-kanak pastinya sangat menyeronokkan kerana banyak aktiviti luar dan permainan yang dilakukan bersama rakan-rakan.Tambahan pula jika ramai kawan-kawan yang bermain,lagi meriah! Zaman kanak-kanak semestinya ingin mencuba semua permainan tanpa mempedulikan debu,kotor,bahaya,lasak yang menimpa selagi tidak mencubanya dari permainan budak perempuan sampailah ke permainan budak lelaki sehingga terkadang aku dimarahi oleh mak dan abah kerana kenakalanku ini. Memang tidak akan lekat dirumah, pantang sahaja apabila kawan-kawan mengetuk pintu mengajak untuk keluar bermain,seolah-olah memang menunggu kedatangan mereka .Lumrah kanak-kanak bukan?tersenyum sendiri aku ketika menuls entri ini kerana mengimbau kembali zaman keriangan kanak-kanakku.

Aku percaya bahawa sesiapa sahaja kanak-kanak yang  membesar pada sekitar tahun 90-an tentunya mempunyai pelbagai kenangan yang sangat menyeronokkan dan meninggalkan nostalgia yang membekas di benak fikiran. Mana tidaknya, kanak- kanak pada ketika itu tidak seperti kanak-kanak sekarang yang membesar dengan pelbagai teknologi di depan mata menghabiskan masa kanak-kanak mereka hanya dengan bermain tab,ipad,facebook,psp dan sebagainya.Zaman aku dahulu tidak mempunyai kecanggihan seperti itu kebanyakkan kami membuat permainan sendiri dengan kos yang murah,tetapi keseronokannya amat berbaloi hasil daripada usaha sendiri.

Waktu petang adalah waktu yang ditunggu-tunggu kerana waktu ini tepat untuk keluar bermain. Biasanya aku dan kawan-kawan bermain konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak,patung kertas dan baling selipar pada tin susu yang disusun bertingkat.Batu seremban juga antara permainan zaman kecilku, tetapi permainan ini dimain oleh kami anak-anak perempuan kerana kawan-kawan lelaki menganggap batu seremban ini permainan kanak-kanak perempuan. Kami tidak kisah kerana jika budak lelaki bermain batu seremban sekali mereka selalu bermain tipu dan membuli kami. Aku masih Ingat permainan kegemaranku iaitu 'Zero Point' dimana getah gelang yang diikat bersambung menjadi tali getah yang  panjang. Permainan ini bermula dari bawah, dan mengangkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala.Selalunya  kami akan bermain permainan ini antara lelaki lawan perempuan. Aku selalu menang dalam permainan ini oleh kerana aku lebih tinggi berbanding rakan yang lain pada ketika itu jadi lompatan aku agak tinggi sedikit. Permainan kedua yang menjadi kegemaranku semasa kecil ialah 'Teng-Teng'  yang menggunakan lompatan dua dan satu kaki. Permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak kurang lasak mungkin kerana permainannya yang tidak begitu lasak.Bagi membuat gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan menggores garisan di atas tanah atau menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukis di atas jalan bertar jika bermain di kawasan yang tidak mempunyai halaman rumah.Masing- masing tidak sabar menunggu giliran mereka untuk bermain termasuk aku. Sememangnya semua permainan yang pernah aku main suatu ketika dahulu meniggalkan  nostalgia yang menggamit memori!


Semasa aku mengunjungi blog rakan-rakan yang lain, aku melihat bahawa permainan yang mereka main semasa zaman kanak-kanak hampir sama dengan permainan semasa kecilku. Fikirku, walaupun kita duduk di kampung yang berbeza , daerah yang berbeza , negeri yang berbeza , tiada internet ,tiada handphone , tiada komunikasi seperti sekarang, kita punya loghat yang berbeza ,kita punya tradisi yang berbeza , dan punya adat yang berbeza . Tetapi yang menghairankan aku sampai sekarang . Kenapa semasa waktu kita kecik dahulu , semua permainan kita sama ?  Adakah ini di panggil kimia ( chemistry )kanak-kanak? 


Batu Seremban
Congkak
Baling Selipar Pada Tin
Zero Point
Teng-Teng 
Patung Kertas

Thursday, 19 September 2013

Membawa Kembali Kenangan Itu



Assalamualaikum

Kata orang selalu ada kesempatan kedua dalam kehidupan. Tetapi bagiku tidak semua kesempatan itu ada kedua kalinya. Ya, tidak semua! Maka ianya akan berlalu menjadi sebagai sebuah kenangan yang menjadi ingatan yang mekar di bingkai fikiran. Kadangkala kenangan itu dapat menjadi syurga yang tidak dapat dilupakan tetapi kenangan juga dapat menjadi semacam neraka yang tidak dapat dihindari. Setiap kenangan indah yang dialami pada masa lalu mampu membuatku merasa bahagia sebaliknya kenangan pahit terkadang seolah-olah memancingku untuk merasa sedih atas kejadian lalu yang dialami. Diriku pasti setiap orang juga mempunyai kenangan pahit dan manis mereka sendiri. Maka, jadikanlah "kenangan indah itu hanya sebuah hiasanmu dari hidup dimasa lalu dan jadikan kenangan buruk suatu pembelajaran dan cambuk untuk menjadi seseorang yang terbaik dalam sebuah kehidupan di masa depan".

Jikaku diberi kesempatan dapat mengundur waktu ingin sahaja ku kembali ke masa lalu menikmati semula zaman riang kanak-kanak dan alam persekolahan semasa kecilku. Alangkah bahagianya kehidupanku pada waktu itu. Meniti hari-hari dengan penuh kegembiraan bersama rakan-rakan. Ya Allah,aku sangat  merindui zaman itu! Kini kenangan itu  hanya menjadi sebuah memori yang tidak mampu untuk dilupakan. Kadangkala aku tersenyum sendiri memgingat kembali kenangan itu.

21 tahun berlalu pantas, Alhamdulillah aku mula selangkah ke menara gading.Aku berharap dengan usia sebesar ini aku mampu menjadi anak yang dapat berbakti kepada orang tuaku yang banyak bersusah payah membanting tulang dalam membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka, jasa dan pengorbanan mereka  kepada kami adik beradik sangat besar ertinya dan amat sukar untuk dinilai.  



Semasa kecil  dahulu mak dan abah selalu menyuruhku membaca 'Doa untuk Ibu bapa'  ini sebelum masuk tidur dan tiap-tiap hari jugalah aku akan amalkannya kerana semasa kecil aku tidur bersama mak dan abah kerana pada ketika itu aku merupakan anak bongsu sebelum mendapat adik ketika aku berumur 14tahun. Dan pada setiap waktu sebelum tidur mereka akan bercerita,bersembang,mendengar bacaan surah baru yang aku telah hafal dan melayan setiap kerenah pertanyaanku tanpa jemu sehinggalah aku tertidur sendiri. Aku sangat bertuah mempunyai ibu bapa seperti mereka dalam hidupku.