Pages

Sunday, 22 December 2013

Tingkatan Enam..







Terpanggil aku untuk menulis entri tentang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Sebenarnya, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa. Persepsi negatif ini menjadi fobia yang membenak di fikiran sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam, seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Selalunya, tanggapan umum terhadap pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA. Sesungguhnya , aku menyatakan persepsi itu mesti dikikis segera kerana bagiku tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlunya pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan. Aku sebagai bekas pelajar tingkatan enam menentang keras terhadap persepsi in kerana daripada tingkatan enam inilah titik permulaan menuju ke universiti, tingkatan enam ini sebenarnya dapat berlatih berfikiran matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan,abaikan tanggapan yang menyatakan bahawa tingkatan enam ini membuang masa, jika anda berusaha  in sha Allah pasti akan berjaya ke menara gading kelak. Kerana rezeki itu datangnya daripada Allah SWT,















Teman terbaikku..

Assalamualaikum
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi masih diberi nafas untuk menikmati ciptaan-Nya. Di kala luar jendela awan gelap menyelubungi, sayup angin berlalu mengingatkan aku akan teman semasa aku di sekolah rendah sehingga menengah. Ya, mereka di atas ini merupakan kawan terbaikku semasa di sekolah rendah dan menengah. Kami seolah-olah seperti tidak dapat dipisahkan waktu itu. Susah senang jatuh bangun aku merekalah yang menjadi kekuatanku. Begitu juga jikalau ada di antara kami yang mempunyai masalah, kami sekawan aku cuba membantu dan memberi sokongan. Kami umpana keluarga di sekolah. Lumrah, dalam berkawan terkadang ada pasang surutnya, kami juga pernah bergaduh pernah tidak bertegur pernah berkecil hati tetapi perkara sebegitu sebenarnya adalah suatu proses bagi kami lebih menyayangi dan mengenai antara satu sama lain. Walaupun kini, kami masing-masing telah berada pada haluan tertentu mencapai cita-cita memberi komitmen dalam kerjaya atau pelajarantetapi ukhwah kami masih utuh sehingga kini. Sesekali apabila ada masa bercuti,pasti kami akan berjumpa. Sesungguhnya, aku amat menyanjungi hunbungan ini.

Saturday, 21 December 2013

Cerpen pertamaku...


Alhamdulillah, usai menyiapkan cerpenku yang pertama yang di inspirasikan daripada separa kisah sebenar hidupku, separa imaginasi, pengalaman dan idea olehku dalam watak Sarah Alia. Pada mulanya aku agak buntu untuk memilih judul yang sesuai dengan cerpenku ini. Memandangkan aku tidak mahu menggunakan judul yang agak klise dan pembaca dapat mengagak kisahnya. Setelah berfikir dan merujuk kamus akhirnya aku memilih judul Adrenalin sebagai judul cerpenku ini. Adrenalin adalah merupakan sejenis hormon dalam tubuh manusia yang dirembeskan oleh adrenal yang akan menyebabkan rasa kecemasan. Aku memilih judul ini kerana terdapat satu babak yang menunjukkan Sarah Alia mengalami kejutan dan saat yang mencemaskan dan Sarah dapat menangani dan menjadikan saat cemas itu kepada suatu motivator dalam hidupnya. 

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Pada 19/12 yang lalu satu Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Diskusi Novel Melayu telah di jalankan di Makmal Pengajian Melayu, PBBKKM,FSSK. Merupakan hari yang di nantikan oleh pelajar tahun dua pelajar kursus SKMM2093 Novel Melayu kerana pada majlis itu keputusan bagi poster, penganjur, esei, multimedia, dan pengerusi sesi terbaik yang di jalankan pada Majlis Diskusi Novel setiap minggu akan diumumkan pemenangnya. Berdebar-debar pelajar kursus ini menanti keputusan oleh pensyarah kami.Kejutan menyelubungi diri apabila namaku di umumkan sebagai pengerusi sesi terbaik dalam Majlis Diskusi Novel, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kemenangan ini tidak sekali dijangka oleh aku yang baru pertama kali diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majlis sebagai pengerusi sesi .Dalam entriku Percubaan pertama yang lepas pernah aku memberitahu bahawa ini merupakan pengalaman pertamaku. Ternyata percubaan pertama ini telah membuahkan hasil yang tidak dijangka. Di kesempatan ini aku mengucpkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah dan rakan rakan sekelasku atas sokongan dan pengalaman yang sangat berharga ini. Tanpa kalian mungkin aku tidak dapat mengendalikan majlis diskusi ini. Terima Kasih.

Friday, 20 December 2013

Auni Fathini



Anak kecil comel ini bernama Auni Fathini adalah anak saudara aku yang pertama dan merupakan cucu pertama bagi ibu dan ayahku. Sememangnya kami teruja dengan kehadiran anak kecil ini, mana tidaknya gelak ,tawa,kerenah nya apabila datang ke rumah pasti mencuit hati kami sekeluarga. Menambahkan lagi kasih sayang yang terpaut antara kami sekeluarga dengan kehadirannya. Semoga anak kecil ini menjadi anak yang  baik dan solehah serta menyenangkan keluarga, Amin. Mak Adik sayang kamu! :*  

Wednesday, 18 December 2013

Mood Peperiksaan


Assalamualaikum
Pejam celik masa berlalu dengan begitu pantas, seakan-akan tidak mahu menunggu kita. Ya, minggu ini merupakan minggu yang terakhir dalam semester 3 ini. Sungguh tidak menyedari akan pantasnya masa berlalu mencemburui manusia. Pada saat akhir inilah pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sepanjang kuliah semester ini bagi menduduki peperiksaan. Gementar, memang gementar. Walaupun bukan kali pertama menghadapi peperiksaan tetapi perasaan gementar itu tetap tidak dapat berjauhan. Seolah-olah sudah sebagi apabila berhadapan saat ini. Namun, perasaan itu haruslah ditangani dan disusuli dengan doa kepada Allah swt semoga kita mendapat ketenangan dan kemudahan untuk mengahadapi peperiksaan. Mudah-mudahan apa yang dipelajari sepanjang semester ini dapat dinukilkan di dalam kertas peperiksaan di medan perang. In Shaa Allah.

Untuk Sahabat





TERIMA KASIH SAHABAT
Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik

Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat


Untukmu: (IBS)



Puting Beliung di Johor



Assalamualaikum
Terkejut apabila membuka laman sosialku beberapa jam yang lalu apabila mendapat berita negeri asalku Johor, dilanda puting beliung.SubhanAllah, adakah ini petanda dari-Nya dan ingatan kepada kita sebagai hamba yang kadang-kadang lalai akan perintah dan suruhan-Nya?Ya Allah, selamatkan dan hindarkanlah keluarga dan negeriku daripada bencana alam yang tidak diingini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa atas segala yang berlaku. Semoga setiap kejadian-Mu ini makin mendekatkan diri kita kepada-Nya. Amin.

Kami...


Assalamualaikum
Bahana membuat kerja pada saat akhir, inilah jadinya. Kami berada sehingga lewat pagi untuk menyiapkan baki tugasan yang diberi pensyarah yang belum di  selesaikan sebelum cuti minggu ulangkaji.Membuat kerja pada saat akhir ini seolah-olah menjadi satu budaya oleh pelajar bukan? Tetapi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana mereka menghadapi kerja yang dilakukan pada saat akhir ini. Walaupun sedikit stress, tetapi pada masa yang sama kami gembira kerana apabila kami membuat tugasan bersama-sama ,belajar bersama-sama, dan berkongsi ilmu ini secara tidak langsung ukhuwah menjadikan kami semakin rapat. Semoga kami medapat keputusan yang cemerlang pada semester 3 ini, Amin!

Ucapan paling berharga sepanjang hidup...


Assalamualaikum
 Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraanku apabila menerima pesanan ringkas ucapan hari lahir daripada Abah pada hari lahirku yang ke-20. Aku masih ingat lagi, pada ketika itu aku senang sibuk membuat tugasan daripada pensyarah. Dengan tiba-tiba telefon bimbitku mengeluarkan bunyi menandakan masuknya pesanan ringkas dan aku pun membuka dan membacanya. Airmata ku tiba-tiba mengalir selepas membaca pesanan ringkas yang dikirimkan oleh Abah. Walaupun pada hari lahirku ramai yang memberi ucapan tetapi ucapan itu tidaklah sehebat ucapan yang diberikan oleh seorang bapa kepada anaknya yang sedang jauh di negeri orang. Ya, aku sangat terharu!Sesungguhnya kata-kata Abah amat menyentuh jiwa dan perasaanku sebagai seorang anak. In Shaa Allah,dengan ucapan dan pesan Abah akan aku pegang utuh sehingga akhir hayat. 

Ke Tasik Kenyir, Terengganu


Assalamualaikum
Pada 3 hingga 9/11/2013, pertama kalinya aku menjejak kaki ke Terengganu mengunjungi Tasik Kenyir bagi mengikuti ptogram Modul Pasukan Gerakan Am (PGA) Khursus membaca peta, kompas dan pandu arah, seperti sedia maklum aku merupakan ahli Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)  , jadi ini antara salah satu modul wajib yang perlu di ikuti. 

    
            Dalam modul ini, pelatih-pelatih Kor SUKSIS telah didedahkan dengan ilmu asas PGA secara teori antaranya tindakan serta merta(TSM), membaca kompas, ikhtiar hidup, dan buka pasang senjata. Perkara-Perkara yang telah disampaikan secara teori oleh para fasilitator dari PGA,batalion 9 telah dipraktikkan dalam slot-slot praktikal yang telah disediakan.
          




Monday, 16 December 2013

Haiwan Kesayangan

Assalamualaikum


Hari ini aku ingin berkongsi mengenai haiwan kesayangan aku iaitu kucing. Ya, aku sangat meninati kucing yang teramat. Boleh dikatakan semua kucing yang aku temui aku ingin membawa balik dan membelanya. Sangat comel binatang ciptaan Allah ini! Emak juga pernah mengatakan bahawa semasa mengandungkanku emak gemar bermain dengan kucing, jadi tidak hairanlah sekarang aku sangat meminati haiwan ini. Jika aku terdengar atau melihat berita berkaitan pengianayaan terhadap binatang ini aku sangat sedih, masakan haiwan secomel ini ada sesetengah orang yang sanggup mengianayanya . Tidakkah mereka berasa kasihan? Dimana sifat memperikemanusian mereka? Bukankah kita diberi akal dan fikiran yang waras untuk menjaganya?Dan di antara kita pasti sering mendengar kalau Rasulullah S.A.W. sangat menyayangi kucing dan bahkan Rasulullah S.A.W. juga sangat perhatian dan sayang terhadap semua binatang, mereka semua diperlakukan secara baik oleh Rasulullah S.A.W. Jadi, mengapa kita tidak mencontohi baginda??

Pulang Ke Sarang Asal..


Assalamualaikum
Melihat awan mendung, sedikit sebanyak memecahkan kerinduanku kepada keluarga di kampung. Terasa lama tidak pulang ke kampung kerana terikat dengan tuntutan tugasan di Universiti. Walaupun kehidupan di Universiti adalah kehidupan yang menyeronokkan tetapi tidak sama kegembiraan itu apabila aku berada di rumahku sendiri di Kulai, Johor. Ia diibaratkan seperti tempat yang paling indah di dunia ini.

Pada 14/12 yang lalu aku berpeluang pulang ke kampung kerana kerinduan yang teramat sangat terhadap keluarga walaupun minggu ini agak sibuk sedikit tetapi ingin juga aku pulang ke kampung. Sesampainya, disana, ketenangan, keamanan, kegembiraan yang sebenar-sebenarnya dirasakan. Alhamdulillah, semua ahli keluarga berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Walaupun aku pulan tidaklah lama tetapi sedikit sebanyak ia dapat mengubat rinduku pada keluargaku.


Ke Muzium Polis Diraja Malaysia



Polis! Polis! Polis!Takutnya..... Itulah  jeritan semasa kecil jika aku terlihat anggota polis atau kereta polis di jalanraya dan aku pasti itu juga yang dirasai oleh setiap orang pada zaman kecilnya,lucu bukan? Tapi aku percaya setiap orang pasti berasa sebegit juga semasa kecil mereka.

Baru-baru ini aku berpeluang menjejak kan kaki ke Muzium Polis Diraja Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, lawatan ini di bawah anjuran Kor Suksis UKM. Kami memasuki dengan tidak dikenakan sebarang bayaran. Dari muzium ini kami dapat melihat penubuhan Polis Diraja Malaysia. Aku sangat berbangga kerana negara mempunyai pasukan keselamatan yang besar dan kuat melalui muzium ini.

Secara tidak langsung ia menambahkan lagis semangat aku untuk menjadi seorang pegawai polis apabila habis pengajianku di UKM kelak. In Shaa Allah.

Friday, 6 December 2013

Percubaan pertama..




Assalamualaikum

Pada 13/11 yang lalu aku dan 3 orang rakanku yang lain iaitu Syikin, Fazira dan Zue telah menjadi penganjur bagi Majlis Diskusi Novel Cebisan Mantera Terakhir. Aku ditugaskan untuk membuat poster bagi majlis tersebut setelah dibahagikan tugas sesama ahli yang lain.Pada mulanya aku agak keberatan dengan tugas ini, maklumlah aku bukanlah pandai dalam bab-bab membuat poster ini,tetapi akhirnya aku tekad untuk belajar cara membuat poster dengan belajar sendiri dan dengan berbekalkan google untuk mencari tutorial membuat poster,dan poster di atas ini merupakan 100% hasil kerjaku.Alhamdulillah poster ini mendapat  komen yang sangat baik daripada pensyarahku Dr. Zubir selaku pengkritik pada majlis itu .Dalam majlis ini, aku juga menjadi moderator bagi mengendalikan sesi diskusi oleh panel pembentang,walaupun aku sebelum ini tidak mempunyai pegalaman memjadi jurucakap dalam sesuatu majlis tetapi aku cuba untuk memncabar diriku untuk menjadi moderator. Kerana bagiku masa di universiti inilah kita cuba dan tunjuk bakat yang kita ada kerana mungkin boleh diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak. Dan Alhamdulillah pengkritik pada majlis itu memberi komen yang baik tentang pengacaraanku pada majlis itu.Tidakku sangka percubaan prtamaku dalam mengendalikan majlis dan membuat poster mendapat komen yang baik daripada pengkritik.Benar kata pepatah selagi kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita. In shaa Allah pengalaman ini  sedikit sebanyak memberi manfaat untuk aku dalam mengendalikan majlis-majlis yang seterusnya nanti.


Thursday, 5 December 2013

Ke Muzium Coklat Kota Damansara



Muzium Coklat Di Kota Damansara

Aku berpeluang ke Muzium Coklat Kota Damansara tidak lama dahulu bagi memenuhi tugasan silibus subjek kursus Penulisan Kreatif . Memang sudah sebati coklat dengan zaman kanak-kanak bukan??Manalah tahu dengan lawatan ini boleh memberi sedikit cambahan idea dalam penulisan cerpenku nanti,hehe.

Keterujaan bertambah bila diberitahu di Muzium Coklat terdapat ada jualan coklat 30% lebih murah dari harga pasaran di Airport Duty Free.Sebenarnya company ini kiranya distributor untuk coklat-coklat import. Wahhh! gembiranya dengar..walaupun tidak banyak coklat yang dibeli, tapi aku sangat berpuas hati kerana kunjungan ini disambut baik oleh pekerja di sana.

Mencuci Hati


Wahai Tuhanku Yang Esa
bila kenangkan qahar-Mu
rasa gerun di hatiku
kerana takutkan seksa-Mu
dari segala dosa yang memburu 
setiap hari setiap ketika

Tika mengenang rafat-Mu
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula 
harapanku subur kembali
ujian meninpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnah-Mu itu penghapus dosaku
mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenangkan rahmat-Mu
terasa diri kurang bersyukur
pada-Mu harusku memohon
moga syukurku bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsuku
yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya ALLAH Tuhanku bantulah hanba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini.

AMIN

Dan apabila perasaan itu datang..


Jam menunjukkan pukul 1 pagi,entah mengapa aku tidak dapat melelapkan mata. Aku cuba mencari apa yang tidak kena, akhirnya aku temui. Ya! perasaan ini kerana aku rindukan seseorang . Air mataku mengalir tanpa aku sedari. Entah mengapa kerinduan ini datang, sedangkan aku tahu dan aku tidak perlu lagi merindui dan memikirkan dia yang ternyata lebih bahagia tanpaku.Terlalu perit rasa untuk menidakkan bahawa aku masih sayangkan dia, namun apalah dayaku,dia bukan milikku. Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengerti akan perasaanku ini :'( 




" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.




*Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....


sesungguhya kerinduan kepada-Mu ya Allah lebih baik daripada segalanya




Wednesday, 4 December 2013

Kuliah Penulisan Kreatif Dr. Mawar


Hening,subuh yang begitu sunyi... Rerumpun bunga pun kelihatan enggan untuk berkata. Hanya sebilangan angin pagi yang bersemangat untuk meneruskan waktu,menjadi pasangan serasi yang membangkitkan geliat malas dalam dada. 


Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran-Nya. Aku mencapai tuala di sisi untuk membersihkan diri. Usai solat subuh aku pun bersiap untuk ke kuliah pada pukul 8.00 pagi. Hari ini kami diminta untuk membawa komputer riba untuk dinilai hasil penulisan kami.

Dan hari ini juga,aku belajar satu istilah baru dalam dunia penulisan iaitu "Onomatopoeia" iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal. Contohnya jika bunyi jam loceng 'kring..kring...kring', bunyi ayam berkokok 'kok..kok..kok',dan jika bunyi itik ' kwuek..kwuek...kwuek'. Bunyi-bunyi ini dianggap cliche kerana meniru bulat-bulat gaya sesuatu benda itu.

Mungkin boleh digantikan dengan 'bunyi jam loceng memecah kesunyian', walaupun bagi pandangan Dr. Mawar bunyinya agak cliche tetapi dianggap lebih baik daripada menggunakan bunyi yang sebenar yang dihasilkan oleh objek tersebut.

Ternyata ilmu yang baru diterima ini, telah memberi cetusan idea supaya elak menggunakan bunyi-bunyi tersebut, seharusnya diganti dengan penulisan dan ayat yang lebih kreatif.

Tuesday, 3 December 2013

Bencana Banjir


Doa mohon elak banjir

Selesai sarapan pagi bersama rakan sekelas, aku mencapai  surat khabar di cafeteria untuk membaca isu semasa. Memang sejak akhir-akhir ini bumi menunjukkan ketuaannya. Hujan yang datang lebat melanda di seluruh negeri di Malaysia menyebabkan beberapa negeri mengalami banjir besar, jumlah mangsa bnajir dari hari kehari juga meningkat. Banjir besar berlaku terutamanya di Kuantan,Pahang sehingga  diisyhtiharkan darurat dan antara yang paling buruk yang pernah dialami. Semoga warga Kuantan dan kawawasan lain yang juga mengalami banjir dilindungi Allah.Sama-samalah kita panjatkan doa kehadrat Ilahi agar segala ujianNya ini dipermudahkan. In Shaa Allah.

Dugaan dan Keajaiban!

Assalamualaikum


Beberapa minggu yang lepas, setelah selesai solat isyak aku bersiap sedia untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dugaan menimpa apabila komputer riba yang ingin digunakan tidak boleh dihidupkan walaupun sudah beberapa kali menekan punat 'on' , aku menjadi tidak tentu arah dalam keadaan itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu.Bayangkan betapa sukarnya membuat tugasan apabila komputer riba tidak dapat dihidupkan kerana banyak fail-fail tugasan terdapat di dalamnya. Aku cuba menenangkan diri dan terus berdoa kepada Allah. Keesokan harinya aku pergi ke kedai komputer kerana ingin menanyakan hal ini, pekerja tersebut mengenakan cas dalam RM400++ untuk membaiki serta melihat masalah komputer ribaku ini, aku pun pulang dahulu untuk memikirkan hal itu kerana sebagai seorang pelajar,jumlah itu amat besar dan aku bukanlah dari keluarga yang berada ingin meminta ibu bapa ku sejumlah wang yang besar itu untuk membaikinya.

                  Aku membiarkan sahaja komputer ribaku tidak dihidupkan untuk beberapa hari, pada suatu hari apabila pulang dari kuliah aku tergerak hati untuk cuba menghidupkan komputer ribaku semula, dan alangkah terkejutnya aku mendapati komputer ribaku dapat dihidupkan semula, aku sngat bersyukur dengan keajaiban itu, Ya Allah sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala-galanya, dikala tugasanku banyak yang tergendala Engkau datang memberi pertolongan kepada hambaNya. Alhamdulilah aku bersujud syukur atas keajaiban itu, sesungguhnya rezeki yang datang kita tidak tahu bagaimana datangnya ia, dan rezeki yang ditarik olehNya juga kita tidak tahu bagaimana caranya ,begitu juga dengan kekuasaanNya.

Monday, 2 December 2013

Kedua kalinya ke Nilai, Negeri Sembilan


19/ 11/2013 untuk kedua kalinya aku ke Nilai,Negeri Sembilan mencari barang bagi tugasan subjek Kraf dan Dekorasi Melayu .Aku memilih "Gubahan Bunga Gantung Bola" untuk tugasan ku ini. Bukan tidak mahu mencari di sekitar Bangi dan Kajang tetapi pilihan di sini agak terhad dan terlalu mahal bagi seorang pelajar yang mengiginkan budget yang kecil tetapi  hasil yang memuaskan. Jadi Nilai adalah jawapannya, sangkaan ku hilang sama sekali ,ternya Nilai bukanlah jauh dari UKM. Sebagai seorang perempuan semestinya rambang mata dengan setiap jualan disana, tetapi matlamat ku yang pertama iaitu ingin mencari bahan untuk tugasan ku di dahulukan. Dan inilah barang yang dibeli disana. Nantikan entri seterusnya untuk melihat bagaimana "Gubahan Bunga Gantung Bola" dibuat oleh saya :)

Sunday, 27 October 2013

Mariga!


 Assalamualaikum
Allahamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana tanggal 24 Oktober 2013 selesai salah satu tugasan besar bagiku untuk semester ini iaitu Majlis Diskusi Novel Mariga karya Amil Jaya.

 Mariga? Apa tu Mawar? Nama tempat atau kawasan?
Itulah yang sering menjadi yang menjadi tanda tanya kepada khalayak apabila mendengar tajuk novel karya Amil Jaya ini. Setelah selesai membentang barulah maksud mariga dapat dijawab.Novel ini menceritakan pertembungan dua budaya antara seorang pemuda Inggeris,Walter Flint dengan gadis Murut yang cantik bernama Lingad yang tetap mempertahankan mariganya. Watak masing-masing mempunyai tanggungjawab mempertahankan budaya maereka.

Sebenarnya mariga ialah suatu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Murut sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Definisi budaya mariga ialah mengambil harta menantu lelaki sesuka hati tanpa kebenaran. Budaya ini dianggap dapat mengeratkan tali persaudaraan dan ikatan kekeluarga sesama mereka tetapi akibat budaya ini mereka sering bertelingkah. Maka disitu timbullah beberapa konflik yang meruntun jiwa para penbacanya.

Bagi saya, novel ini merupakan karya yang sangat menarik oleh Amil Jaya kerana beliau menunjukkan adat dan budaya daripada dua bangsa yang bebeza, dimana kita dapat lihat masing-masing menpunyai pemikiran dan kebanggan terhadap bangsa mereka sendiri.

Bagi saya, novel ini merupakan karya yang sangat menarik oleh Amil Jaya kerana beliau menunjukkan adat dan budaya daripada dua bangsa yang bebeza, dimana kita dapat lihat masing-masing menpunyai pemikiran dan kebanggan terhadap bangsa mereka sendiri.


Setelah beberapa minggu membaca novel ini,maka saya mengambil keputusan untuk mengkaji isu masyarakat yang terkandung di dalam novel ini. Alhamdulillah dengan tempoh mase yang diberikan oleh pensyarah akhirnya saya dapat membentangkan kertas kerja dalam majlis diskusi ini. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur majlis yang terdiri daripada rakan sekelas juga,pensyarah,dan para pencinta novel yang hadir ke  Majlis Diskusi Novel Mariga karya Amil Jaya ini.Sesungguhnya,pengalaman ini tidak dapat saya lupakan,ia sememangnya sangat berharga!