Pages

Sunday 22 December 2013

Tingkatan Enam..







Terpanggil aku untuk menulis entri tentang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Sebenarnya, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa. Persepsi negatif ini menjadi fobia yang membenak di fikiran sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam, seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Selalunya, tanggapan umum terhadap pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA. Sesungguhnya , aku menyatakan persepsi itu mesti dikikis segera kerana bagiku tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlunya pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan. Aku sebagai bekas pelajar tingkatan enam menentang keras terhadap persepsi in kerana daripada tingkatan enam inilah titik permulaan menuju ke universiti, tingkatan enam ini sebenarnya dapat berlatih berfikiran matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan,abaikan tanggapan yang menyatakan bahawa tingkatan enam ini membuang masa, jika anda berusaha  in sha Allah pasti akan berjaya ke menara gading kelak. Kerana rezeki itu datangnya daripada Allah SWT,















Teman terbaikku..

Assalamualaikum
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi masih diberi nafas untuk menikmati ciptaan-Nya. Di kala luar jendela awan gelap menyelubungi, sayup angin berlalu mengingatkan aku akan teman semasa aku di sekolah rendah sehingga menengah. Ya, mereka di atas ini merupakan kawan terbaikku semasa di sekolah rendah dan menengah. Kami seolah-olah seperti tidak dapat dipisahkan waktu itu. Susah senang jatuh bangun aku merekalah yang menjadi kekuatanku. Begitu juga jikalau ada di antara kami yang mempunyai masalah, kami sekawan aku cuba membantu dan memberi sokongan. Kami umpana keluarga di sekolah. Lumrah, dalam berkawan terkadang ada pasang surutnya, kami juga pernah bergaduh pernah tidak bertegur pernah berkecil hati tetapi perkara sebegitu sebenarnya adalah suatu proses bagi kami lebih menyayangi dan mengenai antara satu sama lain. Walaupun kini, kami masing-masing telah berada pada haluan tertentu mencapai cita-cita memberi komitmen dalam kerjaya atau pelajarantetapi ukhwah kami masih utuh sehingga kini. Sesekali apabila ada masa bercuti,pasti kami akan berjumpa. Sesungguhnya, aku amat menyanjungi hunbungan ini.

Saturday 21 December 2013

Cerpen pertamaku...


Alhamdulillah, usai menyiapkan cerpenku yang pertama yang di inspirasikan daripada separa kisah sebenar hidupku, separa imaginasi, pengalaman dan idea olehku dalam watak Sarah Alia. Pada mulanya aku agak buntu untuk memilih judul yang sesuai dengan cerpenku ini. Memandangkan aku tidak mahu menggunakan judul yang agak klise dan pembaca dapat mengagak kisahnya. Setelah berfikir dan merujuk kamus akhirnya aku memilih judul Adrenalin sebagai judul cerpenku ini. Adrenalin adalah merupakan sejenis hormon dalam tubuh manusia yang dirembeskan oleh adrenal yang akan menyebabkan rasa kecemasan. Aku memilih judul ini kerana terdapat satu babak yang menunjukkan Sarah Alia mengalami kejutan dan saat yang mencemaskan dan Sarah dapat menangani dan menjadikan saat cemas itu kepada suatu motivator dalam hidupnya. 

Alhamdulillah

Assalamualaikum
Pada 19/12 yang lalu satu Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Diskusi Novel Melayu telah di jalankan di Makmal Pengajian Melayu, PBBKKM,FSSK. Merupakan hari yang di nantikan oleh pelajar tahun dua pelajar kursus SKMM2093 Novel Melayu kerana pada majlis itu keputusan bagi poster, penganjur, esei, multimedia, dan pengerusi sesi terbaik yang di jalankan pada Majlis Diskusi Novel setiap minggu akan diumumkan pemenangnya. Berdebar-debar pelajar kursus ini menanti keputusan oleh pensyarah kami.Kejutan menyelubungi diri apabila namaku di umumkan sebagai pengerusi sesi terbaik dalam Majlis Diskusi Novel, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kemenangan ini tidak sekali dijangka oleh aku yang baru pertama kali diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majlis sebagai pengerusi sesi .Dalam entriku Percubaan pertama yang lepas pernah aku memberitahu bahawa ini merupakan pengalaman pertamaku. Ternyata percubaan pertama ini telah membuahkan hasil yang tidak dijangka. Di kesempatan ini aku mengucpkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah dan rakan rakan sekelasku atas sokongan dan pengalaman yang sangat berharga ini. Tanpa kalian mungkin aku tidak dapat mengendalikan majlis diskusi ini. Terima Kasih.

Friday 20 December 2013

Auni Fathini



Anak kecil comel ini bernama Auni Fathini adalah anak saudara aku yang pertama dan merupakan cucu pertama bagi ibu dan ayahku. Sememangnya kami teruja dengan kehadiran anak kecil ini, mana tidaknya gelak ,tawa,kerenah nya apabila datang ke rumah pasti mencuit hati kami sekeluarga. Menambahkan lagi kasih sayang yang terpaut antara kami sekeluarga dengan kehadirannya. Semoga anak kecil ini menjadi anak yang  baik dan solehah serta menyenangkan keluarga, Amin. Mak Adik sayang kamu! :*  

Wednesday 18 December 2013

Mood Peperiksaan


Assalamualaikum
Pejam celik masa berlalu dengan begitu pantas, seakan-akan tidak mahu menunggu kita. Ya, minggu ini merupakan minggu yang terakhir dalam semester 3 ini. Sungguh tidak menyedari akan pantasnya masa berlalu mencemburui manusia. Pada saat akhir inilah pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sepanjang kuliah semester ini bagi menduduki peperiksaan. Gementar, memang gementar. Walaupun bukan kali pertama menghadapi peperiksaan tetapi perasaan gementar itu tetap tidak dapat berjauhan. Seolah-olah sudah sebagi apabila berhadapan saat ini. Namun, perasaan itu haruslah ditangani dan disusuli dengan doa kepada Allah swt semoga kita mendapat ketenangan dan kemudahan untuk mengahadapi peperiksaan. Mudah-mudahan apa yang dipelajari sepanjang semester ini dapat dinukilkan di dalam kertas peperiksaan di medan perang. In Shaa Allah.

Untuk Sahabat





TERIMA KASIH SAHABAT
Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik

Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat


Untukmu: (IBS)